Balik Kg

Posted: 25/01/2012 in Kamera

Alhamdulillah,sempena Tahun Baru Cina,raden dapat balik ke Pontian untuk bercuti dan sempena majlis pertunangan anak saudara sulung Raden yang berjaya mencuri hati gadis Felda Tenggaruh 5,Mersing. Majlis berjalan lancar. Semoga jodoh berpanjangan hingga ahir hayat Fairus..Amin.Perjalanan balik kg dan balik Batu Gajah pun berjalan lancar..

Fairus dan barang hantarannya

Langkawi 2011-2012

Posted: 07/01/2012 in Kamera, Uncategorized

Kami sekeluarga pi Langkawi…31 Dis 2011-2 Jan 2012…

Kenangan

UWL

 

Terbaik bersama Pengetua

Seramai 38 pelajar SMK Sultan Yussuf telah berjaya memperolehi 7A( 10 Orang),8A(18 Orang) dan 9A(10 Orang)..Tahniah semua, Mata pelajaran raden KHB 100% alhamdulillah..

 

Vios 2011

Posted: 03/12/2011 in Uncategorized

 Alhamdullillah hajat untuk memiliki VIOS sempena ulang tahun perkahwinan ke 15 tercapai, No Plat AHT 6670, sama Grand Livina AGN 6670..Terima kasih rakan-rakan yang membantu. Semoga terus dilindungi ALLAH dalam iman dan taqwa..Amin

Vios 2011

November 2011

Posted: 18/11/2011 in Kamera

Semakin hujung tahun menghampiri cuti sekolah,diari Raden makin sibuk la pulak..bermula 31/10 – 4 nov 2011 Kursus Kenaikan Pangkat Peg Waran KRS peringkat Negeri diadakan di PULARES

Orienteering

, 9-10/11 Bengkel Nilam di PKG, 11-13/11 kem Rukun Negara di PULARES

Penutup

.14-17/11 Kursus Kjurulatihan Guru KRS Negeri di Virgo Batik  Resort(line phone kureng)

Latihan Kawad

.. letih juga rasanya..kesian bapa yang datang dari Johor,tidak dapat berjalan-jalan kemana-mana,,huhu..

Hari Graduasi T6

Posted: 27/10/2011 in Kamera

21 Oktober bertempat di Dewan Besar SYS, raden telah ditugaskan untuk mengambil potret sempena hari graduasi Tingkatan 6 Atas yang pertama kali diadakan di SYS,

barisan VIP

Alhamdulillah bersama 3 pelajar lain berjaya dengan sempurna.. la ni tengah touchup untuk dicetak..

25 Oktober sempena cuti ganti Deepavali, raden bersama 4 pelajar lain pun mengambil foto untuk gambar graduasi Tadika PASTI Kawasan Batu Gajah.Program berjalan lancar…26 oktober jalan-jalan pi Manjung bersama keluarga.

Rehat

Posted: 12/10/2011 in Haji

 

Semalam dan hari ini, Raden ambik cuti,demam,dah lama benar tak mengalaminya, tapi ubatnya madu..minum madu dan air kosong..Rakan raden ghani (http://fotolumayan.wordpress.com) la ni pi haji, mudah2an mendapat haji yang mabrur.

Gani,duduk 4 dari kanan

Program lepas PMR banyak.. PMR minggu lepas 4-6 dan 10-12 Oktober.. Minggu ni pun ada program untuk SPM.

Kayuhan Oktober 2011

Posted: 01/10/2011 in Kamera

Dah lama tak update blog,kerja sekolah berlambak..hehe. diam tak diam dah masuk Oktober dan hampir setahun pi haji..Pagi tadi sempat berkayuh untuk kesihatan. Minggu lepas pi jumpa doktor katanya darah naik, so tiap-tiap hari kena pi. Selasa pi 136/89, Rabu 140/89, Khamis 152/89, wah makin naik ni..huhu..risau juga….

24 September pi Seremban,sepupu kahwin.

Shukri dan Aliya Najeeba

.Minggu ni rehat aje dirumah …Minggu depan PMR 2011 bermula mulai 4-6 Oktober dan 11-12 Oktober 2011. Didoakan mudah2an anak didikku memperoleh kejayaan,, Amin.

Marhaban 2011

Posted: 10/09/2011 in Raya

Alhamdulillah buat pertama kalinya Raden dapat menyediakan satu pasukan Marhaban walaupun hanya beberapa pelajar.

Kali pertama belum hafal

Kalau dulu di Johor setiap tahun bawa pelajar, tapi disini belum pernah, tapi tahun ini setelah berpindah ke SMK Sultan Yussuf berjaya juga. hari ini 3 buah rumah berjaya dihadiri..

Lepas marhaban,makan

Kami sekeluarga mengucapkan selamat Hari raya Aidil fitri maaf zahir dan batin kepada semua rakan dan taulan yang mengenali diri ini..kami juga telah maaf kan kalian..Semoga berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan, Amin

Raya 2011